Huh, xcantiknya lipatan puff itu! Fedulik, janji rasa sedap :p Tu namanya ayat memujuk diri sendiri. Cuba lagi di masa hadapan. Hahaha...
Nway, the recipy was taken from http://www.jintanmanis.com/ yang bertuankan Puan Rosmarlina ye. Gi la masuk sana, harus sawan makan lepas tuh. Huhuhu...
Puff Sardin Segera
Bahan-bahannya;
3 keping roti paratha segera
1 tin kecil tuna flakes (in my case, sardin la)
2 sudu besar mayonis
sedikit hirisan bawang besar
sedikit lada sulah.
sedikit telur ( untuk gliss pada tuna puff nanti)
Cara-caranya
1. Buat inti tuna puff, buang minyak yang terdapat dalam tin tuna flakes, kemudian campurkan dengan hirisan bawang besar, mayonis dan lada sulah.
2. Selepas itu, ambil sekeping roti paratha segera dan bahagi 4 bahagian, letakkan satu sudu besar inti tuna di tengah-tengah roti paratha dan lipat kemas, se-akan bentuk segi tiga, susun tuna puff di atas dulang pembakar, pastikan bahagian yang di lipat diletakkan di bahagian bawah dan gunting sedikit permukaan tuna puff, gliss kan tuna puff dengan sedikit telur. Ulang langkah tadi sehingga roti paratha dan inti tuna flakes habis digunakan.
3. Akhir sekali bakar tuna puff di dalam oven pada suhu 180darjah, selama 25 hingga 30 minit ataupun sehinga puff perang. Sedap dimakan panas-panas.
Sila la g ke Tuna Puff Segera @ http://www.jintanmanis.com/ untuk cara2 melipat (especially utk org2 xreti melipat kuih seperti saya nih. Dah ada cara pun gagal jugak, camno tuh! Hahaha... Janjinya habis dengan jayanya ye, kids pun makan, so harusla kata sedap kan :p
2 comments:
shud giv a try..sbb inti dia cam kuar dari tin terus msk dlm kepingan roti tu kan..very the easy hahahah
ye, n aku mmg diketahui dgn cooking easy food only, haha
Post a Comment