Sila abaikan tgn n densha tuh ye, sebok nak enterframe.
Nasi tiada di dalam gambar kerana still dok dlm periuk, maleh nak senduk nanti sejuk.
NASI AYAM HAILAM
BAHAN-BAHAN
1 ekor ayam
Sos tiram
Kicap pekat
Garam secukup rasa
minyak bijan
1 batang timun dihiris
2 biji tomato dihiris
daun salad
BAHAN-BAHAN(a)(Digiling)
2 inci halia
1/2 labu bawang putih
CARA-CARA
1.Gaulkan bahan(a) bersama ayam,sos tiram,kicap pekat dan garam. Perap selama 4 jam. Kemudian campurkan segelas air dan rebuskan ayam sampai masak. Angkat ayam yg dah masak dan dibasuh supaya halia tidak melekat pd ayam. Kemudian ayam digoreng.
2. Air lebihan dr rebusan ayam ditapiskan dan dijadikan kicap ayam.
3.Potong ayam dan hidanglah dgn hirisan timun, tomato salad dan kicap ayam tadi dicurahkan ke atas ayam.
NASI AYAM
BAHAN-BAHAN
3 cawan beras direndam sampai putih
1 ulas bawang putih dihirs
2 cm halia dihiris
Air rebusan ayam
3 sudu besar mentega utk menumis
CARA-CARA
1. Panaskan mentega, tumis bawang putih dan halia sehingga kuning. Masukkan beras, tumis beras sampai nampak kekuningan. Masukkan air rebusan ayam (anggaran air lenih kurang 1/2 inci dr paras beras) Masukkan garam secukup rasa dan biarkan ia masak.
SAMBAL
BAHAN-BAHAN
5 biji cili besar merah
5-10 biji cili padi
Sos tomato
Limau nipis
Sedikit air, garam, gula dan bahan perasa.
Cara membuat sambal cili
Blend kesemua bhn dan jadilah sambal cili Hidangkan nasi ayam bersama sup, ayam dan sambal cili.
No comments:
Post a Comment