Sunday, June 29, 2008

Potluck Dinner

I brought Rendang Kacang Panjang + Ayam & Dadih Ichigo. Hehe... Syahmi sangat suka! Yela, last week was minggu melayan tekak anak.


Rendang Ayam Dengan Kacang Panjang

  • Ayam @ Hati/Limpa/Pedal (Mak selalu guna part tulang-tulang n isi-isi dlm tuh)
  • Santan
  • Garam
  • Kunyit
  • Kacang panjang
  • Kerisik
  • Cili api (blended)
  • Serai
  • Daun limau purut

  • Ayam di gaul dengan cili api, garam, kunyit. Kecutkan (means keringkan airnya).
  • Masukkan santan n serai. Kacau jangan sampai tahi minyak.
  • Masukkan kacang panjang, kacau seketika. Masukkan kerisik.
  • Kacau hingga kering. Masukkan daun limau purut, kacau lagi. Siap.


Dadih strawberry

  • 1 paket dadih perisa strawberry
  • 3000 ml air
  • 1 tin susu cair (400 ml)
  • 100 gms gula
  • Sedikit buah naga/strawberry untuk hiasan

  • Masukkan air, gula n susu, didihkan.
  • Tutup api, kacau lagi selama 5 minit.
  • Masukkan serbuk dadih, kacau sebati.
  • Tuang kedalam bekas, sejukkan.
  • Hiaskan dengan buah.
  • Masuk kedalam peti sejuk.

No comments: