Saje nak cuba try test resepi Ikan Bakar Portugis nih. Kesimpulannya, krg kena ngan tekak ku ini. Huhu... Pesal ntah. Maybe kering sangat kot (ni salah sendiri la kan, hehe), or I'm too used to Mak's version of Ikan Bakar. Anyhow, the next time I'm making this, I'll make sure I have enough gravy. Maybe I should double up the kuah.
Ikan Bakar (taken from Hanieliza's Fotopages)
Bahan
1 ekor ikan bawal atau ikan merah [bersihkan dan kelar]
serai [ketuk]
5 helai daun limau purut
3 s/b jus asam jawa
daun pisang
aluminium foil
Bahan mesin/tumbuk
5 biji ciliapi
5 biji cili merah
5 biji cili kering
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 batang serai
garam
Cara.
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi dan naik minyak.
2. Rasakan masin dan masamnya dan kacau seh ingga naik minyak. Masukkan daun limau purut dan serai ketuk tadi.
3. Letakkan daun pisang diatas aluminium foil.
4. Letakkan separuh sambal yg telah dimasakkan diatas daun pisang.
5. Letakkan ikan diatas sambal tadi.
6. Ratakan sambal ikan diatas badan ikan dan tutupkan semula dengan daun pisang.
7. Bungkus ikan dengan aluminium foil dan bakarlah dengan api paling kecil [sehingga ikkan masak ]dalam 30 minit pada setiap belah/bahagian ikan.
8. Bila dah masak hidangkan dalam pinggan besar.
9. Boleh juga siapkan air asam sebagai mencicah ikan bakar ini.
3 comments:
alumunium foil tidak baik utk kesihatan kerane boleh mempercepatkan kesan Alzheimer (cehh...skema nye ayat aku).
oleh itu marilah kite bakar pakai daun pisang...
ape2 pon aku tetap suke ikan bakar yg agak lembab sbb kalo kering macam bagi makan kucing jek...
sangat bersetuju:D
aku ikut sebijik bijik resepi dia. haha... dia srh blt ngan aluminium foil, aku pun ikut le. haha... ikan terubuk bakar pun sedap kan? huhuuuuuu
aku rase kalo ko ikut resepi sniri...ejas2 sket...mesti best:D
terubuk mmg best sbb jenis ikan berdaging...tp byk tulang.
Post a Comment