Monday, June 14, 2010

Ayam Bakar Mayonis & Potato Salad

Ada 1 hari nih terasa sgt2 nak mkn ayam bakar. Hehe... Semua sbb terbukak Ros nye blog :p Ros ni kenal online je benarnya, masa kat Nihon dulu. Ada sekali g Nagoya, masa tu dia dok situ, pun tak sempat jumpa, xde rezeki. Pastu Ros pindah Tokyo, skarang dah pindah Osaka, tapi kami dah laaaaama balik. Hehe... Kdg mls nak bukak blog Ros ni, sebab manjang jd lapar je, pastu terguda. Hahaha... TQ Ros! K Sya copypaste from blog Ros ye. Sape nak tgk gmbar lg menggilakan, gi blog Ros ni ye, hehe

Ayam Bakar Blackpepper Mayonis
Bahan-bahannye ( sumber resepi ros@jintanmanis.com This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it )
1/2 ekor ayam ( bersihkan dan cucuk dengan garpu)
1 sudu kecil serbuk lada hitam
2 cm halia ( agak-agak je)
2 ulas bawang putih
1/4 biji bawang besar
1 sudu besar madu
1 sudu besar gula
1 sudu kecil kicap manis
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar mayonis
sedikit lada sulah

Caranya
1. Blender bawang besar, halia, bawang putih dengan sedikit air sehingga hancur, kemudian curah di dalam bekas dan campur gula, lada sulah, garam, kicap manis madu dan serbuk lada hitam.

2. masukkan ayam dan akhir sekali letakkan mayonis, gaul sebati dan perap di dalam peti ais selama 2 atau 3 jam, bakar pada suhu 190 darjah selama 40 minit atau satu jam, angkat dan sedia untuk dihidangkan panas-panas, Selamat Mencuba.

( kalau perap lagi lama lagi sedap ayam bakar ni, dan bakar biar perang sikit permukaan ayam tu)



Potato Salad
Bahan-bahannya

3 biji kentang ( direbus dan dilecek)
1/3 batang carrot
1/2 batang timun
1/4 biji bawang besar
3 sudu besar mayonis
sedikit garam
1 batang sosej ayam ( direbus dan dihiris halus)

Cara-caranya
1. Hiris nipis timun, carrot dan bawang besar, kemudian gaul sebati dengan 1 sudu kecil garam dan curahkan 1 cawan air, wrap kemas dan ketepikan. Biarkan selama lebih kurang 10 minit.
2. Setelah 10 minit, tapis sayur tadi bagi keluarkan air, tekan sedikit untuk mengeluarkan air yang berlebihan, di dalam bekas, masukkan kentang yang telah dilecek bersama mayonis, timun, lobak merah dan bawang besar serta sosej, gaul sebati.
3. Sedia untuk dihidangkan, tak perlu masuk garam atau gula

- Jika mahu letakkan satu biji telur rebus yang telah dilenyek pun boleh, lagi creamy rasa potato salad ni nanti. Selamat Mencuba.

3 comments:

kasihibu said...

tolonglah..
terkecur mulut ni ha....

Unknown said...

tolongla buat kak, hehehe...
ni akak baru tgk yg sya nye version, lom tgk ros tu punya lagik! huhuhu

UmmiY said...

lapar wehh tgh blog post ni.. tak aci!