Thursday, December 25, 2008

Mee Kari


Zurin bagi mee kari haritu masa dia pulangkan mini bar tuh. Backup guna masa birthday Iman.

Tengok macam sikit sangat so tambah, alter, n tadaaaaa. Gitu la hasilnya. Hehe...


Tag dari Nest


And lovely are the blossoms

That are tended with great care,

By those who work unselfishly

To make the place more fair


And,

--------------------------------------

like the garden blossoms,

Friendship's flower grows more sweet

When watched and tended carefully

By those we know and meet


And,

---------------------------------------

if the seed of friendship

Is planted deep and true

And watched with understanding,

Friendship's flower will bloom for you
-----------------------------------------------------------------------------------------

*Here are the rules for this tag*
1. Copy the badge and put it on your blog. done!
2. Link back who pass you this special TAG. done!
3. Spread this tag to at least 7 or more bloggers who you think you are friend with.

here we go...


1. Sha

2. Farah

3. K Coral

4. K Liea

5. K Fizan

Monday, December 15, 2008

Sambal Sardin


Lauk favorite Mr Hubby. Hehe...

Wednesday, December 3, 2008

Udang Wangi



UDANG WANGI Sumber : Buku Masakan Tradisi Halimah Shuib


Bahan-bahan:
300gm udang basah saiz sederhana/besar, dibersihkan dan dibelah belakang
Segenggam udang kering, direndam dan dirumbuk halus
3 sudu besar cili kisar
3 tangkai cili api, dicincang halus
3 tangkai daun kari
5 ulas bwg putih, dicincang halus
1/4 cawan air
Minyak masak utk menumis
Beberapa titis minyak bijan
Garam dan gula secukup rasa


Cara-cara:
1. Panaskan minyak masak dan tumiskan bwg putih bersama daun kari.
2. Masukkan udang kering, cili kisar dan cili padi.
3. Tuangkan air dan kacau. Biar medidih.
4. Masukkan udang dan minyak bijan. Kacau rata. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
5. Angkat dan hidang.


---------------------------------------------------------------

Saje nak try. Best gak, rasa lain sket la dari smbal tumis udang yg normal. Bau kuat la, hence the name. Hehe... Masalahnya ialah hidungku yg sensitip tuh kensalam ya amats laaaa... Dgn udang plus the udang kering. Huhuhu... Sesekali langgar pantang xpe kot?

Tuesday, November 25, 2008

Sepetang di Pantai Kemasik


We went for our vacation in Cherating last week. Sabtu tuh lepas pemastautin tetap pool tuh puas hati, kami siap2 n gerak... Stop la kat Pantai Kemasik... Atas sket from Kemaman n Kijal as in Awana Kijal. Jauh kami jalan harituh rupanya. Hehe...

Nway, Pantai Kemasik was beautiful. Tapi xleh mandi la, cuma admire the beauty je. Seronokla buat shooting practise. Sementara aku exercise jari n mata, Encik Hubby lepak mkn ABC ngan rojak buah. Hehe...

Thursday, November 13, 2008

Dinner simple sahaja...


Fikir2 nak masak apa... So masakla daging masak merah (perasan ak aku suka msk merah? hehe...), kawannya sayur kobis lemak putih n telur dadar.

DAGING MASAK MERAH
Daging
Halia
Garlic
Bawang besar
Serai
Kunyit
Garam
Lada kering

Halia n garlic tuh ditumbuk.
Potong daging, lagi nipis lagi sedap benarnya, senang nak makan n lagi serap rasa{ini sekadar teori ye. Hehe...
Basuh daging, then gaul dengan halia n garlic tumbuk tadi, n kunyit n garam. Biar dlm at least stengah jam.
Panaskan minyak, leburkan daging tadi. Gaul2 sket, masukkan air dlm 2 gelas. Tutup dengan tudung periuk ke pape la perkara yg boleh guna utk tutup kuali tuh.
Bila air dah agak2 kering, test daging dah lembut ke belum. If belum, repeat the process.
If dah lembut, masukkan bawang besar yang dipotong bulat2 n serai yg diketuk.
Bila bawang dah layu sikit, masukkan lada kering. Kacau2, biar sampai naik minyak.
Rasa, kalau dah ok, matikan api. Sedia dah untuk dimakan...

Tuesday, November 11, 2008

Ikan Sembilang Sambal




Mak panggil ni Ikan Sembilang Goreng Berlada, tapi dek org lain sume kata msk smbal, kita terima je la. sama je pun. Hehe... Oh, and most people calls it ikan keli. Lantakla, sama je bendanya. Mak mentua I panggil masak cabai. Ikutla negeri mana nak ikut. Haha... Cara nak masak senang je, ikan tuh sukatila nak kerat2 ke, nak biar sekor ke, kok xpanjang benar ok je benarnya. Tapi sebab dah biasa, maka camtu la rupa nya. Org N9 panggil camtula ghoman eh. Hehe... Ikan tuh, kok xnak bau hanyir ke apa, basuhla ngan air asam ke. Pastu salut ngan garam n kunyit cam biasa, gorengla garing. Garing tuh bagus, senang nak mkn ngan tulang2 sekali.

Ikan sembilang nih, kok nak msk smbal belado nih, sedapnya di blend bwg merah, bwg putih. Saya rajin letak halia sket. Sket je, banyak xsodap. Pastu goreng bwg, agak2 dah wangi, masukkan lada kering. Kot nak ada rupa or texture, mayangla bwg besar sket. Saya suka bawang so saje2 je letak bawang besar tuh. Hehe... Pastu gorengla ca biasa, pastu salutkanla kat ikan tuh. Anak saya suka ikan sembilang, n other ikan sungai la. Macam ibu dia, orang kampungla katakan...




Nway, mak saya ajar, dan telah membiasakan, ikan sambal ke grg berlada ni ke, layaknya makan ngan gulai lomak sayur. Sawi lemak putih ke... Atau yg saya buat nih, Gulai lemak labu. Nih lagi senang. Rebus labu tuh kok keras sangat, then leburkanla santan, garam, kunyit sket, ikan bilis buat perisa. Dah lembut, masakla kiranya tuh. Kot nak bau sedap. letakla daun kunyit. Wangi je bau gulai tuh nanti.

Thursday, November 6, 2008

What's for dinner?

Hehe.. We only have ikan sungai (org lain kata ikan darat) n ayam kampung boleh masak banyak kali lagi. Nak beli lauk lain pun entah bila habisnya nanti isi fridge tuh. Not that I'm complaining, saya sangat suka mkn ikan sungai (especially ikan sembilang and ikan talapia) n ayam kampung (buek ghondang ko, gulai ngan nangko mudo ko). Tetapi orang lain di rumah ni orang bandar, mereka tidak pandai makan lauk-lauk kampung nih. Hehe... Tapi kalau dah masak terpaksa gakla telan, kan? Berani nak keluar makan luar? Sungguh unappreciative! Eating it once in a while won't kill you laaa.

So anyway (panjang la plak bebelan ye? Hehe..), nak buat gulai je ayam tuh, ada orang kata dah selalu sangat makan, so have to find a new recipy to cook. Nak buat rendang adalah sangat malas plus xcukup bahan (itu semua alasan je, hehe..), so I resort to this...




Ayam Ungkep

1 ekor ayam kampung (bersihkan dan potong 12)
Tumbuk halus:
5 sudu besar ketumbar
3 sudu besar jintan putih
4cm halia
1 sudu besar lada hitam (saya ganti ngan lada api, tu pun mcm xcukup pedas je)
4 batang serai
6 ulas bawang putih
8 ulas bawang merah
4cm kunyit hidup
Sedikit air asam jawa
garam
4 cawan air.
Cara:Lumur ayam dgn bahan tumbuk, garam, air asam dan isikan dalam kuali , tuangkan air dan kacau sebentar. Tutup kuali dengan penutup periuk yg tinggi dan didihkan hingga ayam masak serta kering kuahnya.

Tuesday, November 4, 2008

Mee Goreng Yang Berbeza


Apa beza yang atas ngan yg bawah? Hehe...
Atas mee goreng basah, plus xde sayur, dah abis masa tuh. Yang nih Syahmi's favorite, and mine sebab xmelejeh-lejeh dia nak mkn. Xla comot sangat.
Bawah mee hailam, ada sket tapi banyak tenggelam dek isi2 yg melimpah tuh. Ni Mr Hubby request, nak mee goreng yg berkuah. Cakap je la mee hailam kan senang! Haha...

Thursday, October 30, 2008

As per requested


Syahmi requested these for his brunch yesterday. Ami nak roti letak sosej n cheese n salad n mayo, nak fries, nak murtabak. Waduhhhh, tau je apa ada dlm fridge tuh. That's what happens when your kids go with you for grocery shopping, mereka tahu apa yang ada atau tidak kat dapur tuh, hence the requests. Hehehe...

Tuesday, October 28, 2008

Freeing my braincells from stress. Hehe

Aku bukak blog Nest tadi, naik plak nama ku itu. Huhuhu... Since I am not on any dateline so bolehla kita relax sket jawab soklan. Hehe...

Top 2 things found in your wallet as always:
1) ICs (mine n the kids')
2) Cards (credit cards, bank cards, clinic appt cards, business cards, loyalty n point cards)

Top 2 things to do when i’m sad:
1) Spring clean
2) Baking (Bila tetiba buat kek smpai 3-4 bijik tuh makna adala yg ssh hati tuh, hehe)

Top 2 songs you can listen to again and again:
1) No Air
2) SoulJa 『ここにいるよ feat.青山テルマ』Suka sebab catchy. Hehe.. Both the tunesn lyrics

Top 2 reasons to watch television:
1) I only watch my favorites, n occassionally bila kat rmh org
2) Buat peneman ketika melipat kain (if n only if I don't have to fight for the channels)

Top 2 places I’d want to visit 10 years from now:
1) Revisit Mekah & Madinah, dulu dah g umrah, nakla g haji plak kot diizinkan...
2) Round la Malaysia ni dulu... Hehe...

Top 2 current obsessions:
1) The two offsprings
2) My D50

Top 2 favorite nickname:
1) Dekfa (ni Huda bagi masa kat UNI10 dulu)
2) Sya (sama la plak ngan Mr Shah ye? Tiru!)

Top 2 favorite food:
1) Rendang Ayam Kampung
2) Lemang, Pulut dan yang sewaktu dengannya.

Top2 favorite snacks:
1) Super Ring
2) Pringles

Top 2 favorite website:
1) WMC
2) Allrecipes.com

Top 2 goals you want to accomplish:
1) Seriously taking that job as a profession.
2)

Top 2 favorite to do:
1) Read
2) Window shop (saya xsuka membeli, saya suka tengok je. hehe)

Top 2 favorite places:
1) My small office here at home.
2) Lot 9387, Taman Guru

Top 2 things i can’t wait to happen:
1) For the house to be ready. Cepatla weyyyy, xlarat layan rmh jejarum ni dahhhh!!!
2) Short term, for that family getaway. Lama dah I tak bercuti ngan family kecikku ini. Huhu...

Top 2 places where I love to shop:
1) MPH
2) Online

Top 2 persons to tag:
1) Sha
2)

Nasi Ayam Hailam

Sila abaikan tgn n densha tuh ye, sebok nak enterframe.

Nasi tiada di dalam gambar kerana still dok dlm periuk, maleh nak senduk nanti sejuk.


NASI AYAM HAILAM

BAHAN-BAHAN
1 ekor ayam
Sos tiram
Kicap pekat
Garam secukup rasa
minyak bijan
1 batang timun dihiris
2 biji tomato dihiris
daun salad

BAHAN-BAHAN(a)(Digiling)
2 inci halia
1/2 labu bawang putih
CARA-CARA
1.Gaulkan bahan(a) bersama ayam,sos tiram,kicap pekat dan garam. Perap selama 4 jam. Kemudian campurkan segelas air dan rebuskan ayam sampai masak. Angkat ayam yg dah masak dan dibasuh supaya halia tidak melekat pd ayam. Kemudian ayam digoreng.
2. Air lebihan dr rebusan ayam ditapiskan dan dijadikan kicap ayam.
3.Potong ayam dan hidanglah dgn hirisan timun, tomato salad dan kicap ayam tadi dicurahkan ke atas ayam.
NASI AYAM
BAHAN-BAHAN
3 cawan beras direndam sampai putih
1 ulas bawang putih dihirs
2 cm halia dihiris
Air rebusan ayam
3 sudu besar mentega utk menumis

CARA-CARA
1. Panaskan mentega, tumis bawang putih dan halia sehingga kuning. Masukkan beras, tumis beras sampai nampak kekuningan. Masukkan air rebusan ayam (anggaran air lenih kurang 1/2 inci dr paras beras) Masukkan garam secukup rasa dan biarkan ia masak.
SAMBAL
BAHAN-BAHAN
5 biji cili besar merah
5-10 biji cili padi
Sos tomato
Limau nipis
Sedikit air, garam, gula dan bahan perasa.

Cara membuat sambal cili
Blend kesemua bhn dan jadilah sambal cili Hidangkan nasi ayam bersama sup, ayam dan sambal cili.

Monday, October 27, 2008

Ikan Masak Taucu

Lauk fevret Mr Hubby. Walopun saya xla suka benar, dek dia suka, kena buat gakla. Huhu...

Tuesday, October 14, 2008

Ikan Goreng Berlada


Ni la lauk yang paliiiiiing selalu dimasak kat rumah nih. Hehe... Sebab senang, and sebab mmg tukang masaknya sgt suka lauk nih. Kot ikan kembung grg berlada tuh pun sgt sgt suka gak. Suka la kesimpulannya. Hehe

Ayam Masak Padprik


This is a favorite, especially when I am not so rajin or xsempat nak masak banyak2 jenis.

Monday, October 13, 2008

Acar Ikan Pari


I found this recipy in some free recipy pull out from Jelita keluaran khas hari raya tahun bila xingat. Kena tengok balik, sbb nak salin resepi la namanya kan? Hehe... Akan merajinkan diri. Kena selak2 gak, Incik Shah mcm nak ajak orang datang merasa air tangan wife dia. Macam hebat sangat je wife dia masak!

After that long hiatus

I was busy, I was tired, we weren't so well, everybody has running nose, hence no mood to update.
Anyhow, Selamat Hari Raya... We had a good one, one that was spent mostly in the car. Hehe...
Well, it's open house season again, so weekends are fully booked! Alhmadulillah...

Saturday, September 27, 2008

A Raya Wish


Selamat Hari Raya AidilFitri...
Maafkan jika ada tersalah silap di mana-mana...
*From*
Shahrizan Ahmad, Syariza-Annur
Syahmi Afham & Syafiyah Athirah

Thursday, September 25, 2008

Lauk Syahmi


It's Tauhu telur + Sosej + Fish cake, masak kicap. Hehe... Janji dia makan!

Wednesday, September 24, 2008

Sotong Kunyit



Xtaula, sotong masak kunyit ke, sbb ltk sos tiram gak. Ni yang buat masa nak bawak gi potluck berbuka kat rumah Tini minggu ke-2 puasa harituh. Alhamdulillah, habis, tukang masak pun xsempat rasa. Hehe...

Tuesday, September 23, 2008

Kuey Teow Basah

Since it's puasa, so I am being generous with the isik kandungan kuey teow nih. Hehe... Selalu ayam ngan fish cake je. But this time letak sotong, udang, ayam, daging, carrot. Syahmi sangatla suka. Sebab dia ada banyak option, n ada banyak carrot. Rabbit dia tuh, a self-proclaimed bunnytown members. Gi tengok PHDC, then tau la bunnytown tuh amende. Hehe... Good thing though, harap2 takla end up kena pakai specks mcm ibu.

Monday, September 22, 2008

Lauk-lauk simple


selalu lauk simple ni untuk sahur la... Simple, janji panas. selera je kalau berasap-asap tuh. Tapi biasa la, kena la bangun awal...
Telur masak kicap, sayur campur, fries, ayam paprik, ngan daddy's favorite, sadin. I've had enough of sardin, muak sudah. Haritu Ina gi sebut ikan msk cuka. Menarik gak, walopun aku takleh makan cuka sangat. Hmm...

Anak-anakku


Tak, saya tak masak anak saya. Haha...

Thursday, September 18, 2008

Mee Kari @ Pasar Malam


Benarnya nak Mee Rebus, tapi harituh xde, ada mee kari je. So beli la... Xsangka lak dia nak bagi ayam seketul tuh. Slalu kalau yg jual nih kan kecik kenit je ayam dia. Murah rezeki gerai tuh, mee sup dia pun sedap, sesuaila kat tekak kami...

Wednesday, September 17, 2008

Cekodok pisang


Ada cerita disebalik pisang ini. Hehe... Pisang ni mak bagi masa balik Koyan harituh. Dia bagi saaaangat banyak, kalau dikumpul dapatla setandan. Kebetulan kawan2 semua xde kat Rawang time tuh. Ha, sambungla cerita nih. Haha...

Tuesday, September 16, 2008

Percanggahan selera


Haha... If you notice, there are 2 fish dishes, and yes, those are for the same night. 1 is Ikan apa ntah xingat masak kicap, and 1 is Ikan terubuk grg berlada. Why? Coz I happen to be the only 1 who eats terubuk in this house. Xadventurous lansung! Ke malas nak asing tulang, so kena mkn ikan yg senang je? Huish! Bulan puasa kutuk orang xbaik. :p Xpe la, Syahmi pun mkn gak ikan kicap tuh. Smalam call mak pun mak kata dia bakar ikan terubuk. Waaaaaa, adik nye fevret tuuuuuuuu!!!! Xaci tau xtunggu orang balik. Abih tuh xkan asek nak tunggu awak je kot nak mkn bnda2 sebegitu? Hik...

Monday, September 15, 2008

Kari Udang


Resepi later la ye. Saya sangat busy! Warghhhh

Sunday, September 14, 2008

Kuih


Ni sume kuih frozen, beli masa balik Seremban harituh. Mak mmg sgt suka beli/tempah kat Hjh Rozi nih. Dari zaman dia mengajar dulu. Skarang anak dia lak teruskan, tp kakak tuh buat frozen laa...
Yg di recommend ialah cucur badak, murtabak, donut, kuih koci. Tu yg favuorite kat rumah nih pun, hehe...
Kalau jumpa yg tag nya Samirah Frozen Food tuh, dia lah tuh

Thursday, September 11, 2008

Sambal Kering


Masa balik Seremban harituh aunty sebelah bagi. Buat bukak selera. Agak2 nak best lagi goreng kcg tanah, gaul sekali. Tapi kena cpt makanla kot boh kcg tnh tuh, takut tengit lak.

Wednesday, September 10, 2008

Gulai Ayam Kampung


Mak masak gulai ayam kampung nih, ada nangka benarnya. Tapi tak nampak lak. Had this for lunch hari Merdeka harituh. Mak ajak anak2 dia lagi 2 orang tuh balik Taman Guru lunch, sebab I ada, hahaha... Atas arahan Tn Haji Idris, so semuanya jadi 'Kami Yang Menurut Perintah' laaa. Kuasa veto, kena ikut. Balik kampung pun balik ke sini balik. Ye laa, rasa puasa ni xbalik Seremban dah kot... Kalau balik pun the last few days tuh. Nak mantai kat Somban, tapi omak Pahang nak balik Tepeng. Kot aku balik ni harus Ayah gi carik lomang. Tau nya anak dia nih gila mkn lemang. Hehe... Ni apa kaitan lemang ngan gulai ayam lak nih? Hish!

Tuesday, September 9, 2008

Lauk org asek nak pitam


Hehe... Had a few bouts of nausea, tak pasal2 mcm gelap. Xleh pitam weyy, batal poso kang. Huhu... So kenala masak hati nih. Sambal hati, haku sorang je makan. Huh! Tu ada lagi dlm fridge tuh!

Rendang Ayam Kampung Organik


Ayam organik nih ayah yang bagi. Manala anak nya nih reti nak beli2 ayam kampung nih, hehe... So Mak, Adik pandai la masak rendang, sape kata xreti? Saya xnak buat kalau kat rumah sebab mak nye rendang lagi sedap, hehe...<= ni ialah ayat bodek ye. Hehehe...

Monday, September 8, 2008

Badak Berendam


The 'badak' is supposed to be green, hehe... Like Mr Hubby said, it's kuih koci yang berkuah. Warnanya xhijau sebab guna tepung pulut hitam. Version lain ialah kuih sepang (atau dlm bahasa aslinya kuih sopang) yang bentuknya mcm karipap, or ada satu lg nama, xingat. Kuih N9 kot, budak2 ni ramai xtau.
Nway, my version is taken from 2 recipes. The kuah is from Bro Rozan's blog, n the badak is from MamaFaMi's FP.
KUIH BADAK BERENDAM
Siapkan Inti Kelapa dan Kuahnya terlebih dahulu
Kuah
600 ml santan pekat
2 helai daun pandan
1 sudu makan tepung jagung atau tepung beras
½ sudu teh garam atau secukup rasa
Cara:
Satukan semua bahan lalu dikacau sehingga pekat.
Filling
1/2 coconut ~ grated (kelapa muda)
1/2 cup water
1/2 cup brown sugar
1 piece palm sugar
2 screwpine leaves ~ knotted
Cara:
Place all ingredients in a pot and cook till thickens. Remove from heat and leave to cool.
Skin
200 g glutinous rice flour (tepung pulut)
Enough water to make a soft dough
a bit of salt
1/4 teaspoon screwpine leaves juice
Cara
Place the glutinous flour in a bowl.
Make a hole in the middle and pour the screwpine leaves juice and enough water mixed with salt.
Mix together to form soft and smooth dough.
Roll into small balls and flatten it. Place a bit of filling and cover.
Arrange the prepared dough with filling onto a banana leave on the steamer.
When done, put in a bowl n pour the gravy on top.

Wednesday, September 3, 2008

The Side Dishes


Among the usual side dishes, hehe... Telur dadar, sayur (to me sayur ni side dish, kalo xde pun xpe :p), and smbal tempoyak. Sometimes ada la ikan masin, which I don't really eat. Benda2 simple je... Nama pun side dish

Monday, September 1, 2008

Sotong Masak Kicap Lada Api


Syahmi kata pedas. Tapi makan beria2 jugak. Hehe

Thursday, August 28, 2008

Kari Daging/Meat Curry


Aku tak berapa makan kari benarnya. Pesal ntah. Sebab mak jarang masak kari kot (Cheh! Salahkan mak pulak :p) Asalnya masak kari sebab nak buat cicah roti bom ke roti jala ke esoknya. Since I'll be having lunch with Syahmi je, so doesn't matter what I cook la pun kan, xperlu special sangat. Tapi Mr Hubby ada sikit terkejutla, coz selepas 4 tahun lebih kawen (lama dah rupanya aku kawen ye? Hihi), this is the first time I cook him Meat curry. Saje, bagi lain sket dari normal. Walaupun saya xberapa makan, saya kira tekak orang lain jugak. Hehe...

Panjang pulak intro, ni la jadi kalau dah habis projek yg kena kosentrate bebetul. Kari ni buat guna Rempah Kari Maharani yang K Ida bagi, dia suruh try. Order banyak harituh, bagi K Long, oder utk kekawan sama. Cuma alter sikit, tambah serbuk kari ngan lada ngan santan. I kan org N9. Motif? Orang N9 ni kan suka menambah kolestrol sebanyak mungkin dalam makanan. Haha... Kalau boleh semua nak letak santan. Semua nak buat gulai. Gulai kepada kami ialah masak lemak. Sebab dulu ada orang argue kata kari tu ialah gulai, gulai kuning tuh masak lemak. Betulla tu, bendanya sama je. I slang lain, U slang lain. Hehe...

Monday, August 25, 2008

Ikan Siakap 3 Rasa


Used to have Ayam 3 Rasa at Kedai Bukit in Sg Ramal, back in the courting days yearrrrssss back. Feels like it was so long ago. Tried the recipy last week, and me & Jr ended up eating more of the fish instead of the rice. Ok la tuh... Last time in Japan, we had fish fried the same way, oishikatta! Natsukashi la pulak. Hmm...
Nway, I copied the recipy from here;
Ikan Siakap 3 Rasa
Bahan-bahan (1-2 org):
1 ekor ikan siakap
3 ulas bawang putih - dicincang halus
2 helai daun limau purut
1 batang bunga kantan - dihiris halus
5 batang cili padi - dihiris halus
1 sudu makan gula pasir
1 sudu makan sos ikan/nampla
2 sudu makan cili sos dan sos tomato
1 mangkuk nenas - dipotong dadu
1 mangkuk kecil tomato - dipotong dadu
sedikit garam dan jus lemon
cara:
1. ikan siakap dibelah bahagian tengah, bersihkan, lumur dengan garam, tepung jagung dan sebiji telur yang dipukul sedikit(I used only the egg whites), kemudian digoreng hingga garing.
2. tumis bawang putih, sos tomato, sos cili, cili padi dan bunga kantan
3. setelah layu, masukkan sos ikan, nenas, tomato, jus lemon dan daun limau purut
4. masukkan sedikit air, kacau rata, bubuh garam dan gula
5. setelah mendidih, angkat dan tuang ke atas ikan siakap yang telah digoreng.
*I skipped tomatoes sebab xde, n pinapples sebab I can't eat that. Oh, and the Nampla sauce, xde gak. And kaler nye hitam sket sbb dgn gatalnya mencurah kicap. Haha...
Done. Makan ngan nasik panas. Sedapla pada selera kami. Hehe...

Wednesday, August 20, 2008

Dinner @ Sushi King


Went to watch Wall-E @ Midvalley last Friday. Watch the 11.20pm show. Hehe... Yupp, my boy said it was okay, he can hold up so we booked the ticket.

Coincidentally, I watched something Japaneese on sushi, so told mr hubby, I want sushi for dinner. So...

They're having Unagi Fiesta. Heaven to people like us. Hehe... Unagi is eel, belut dlm bahasa melayu nya. Geli? Don't think of the looks, just eat. Sedapppp. Well, personal preferences, tekak masing2 laaa... Hehe.. Even Syahmi loves Unagi Sushi. Walaupun sume org kata Sushi King xsedap, blabla... I am there for the unagi, sushi lain xde la gila sangat pun. Hehe... Nway, we took the Unagi Bento Set, disamping mengerjakan a few plates of other sushis. We are no big eaters but kot pegi tu habihla dekat 100 gak mkn bedua. Pesalla sini sushi mhl, dulu kat nihon tanpa rasa besalah pun, 100yen je sepinggan. Huhuhu...

Thursday, August 14, 2008

Beautiful to my eyes...


It's simple, and hey, it's cheap. Hehe... And so it found a new home on my TV cabinet.

Oh anyway, Syafi's not feeling well, Mr Hubby is not feeling well, Syahmi is on and off, so I have to put my own 'sakit kepala, letih, lesu, rasa nak demam' on hold. If I collapse then all hell will break loose. Siapa nak jaga mereka tuh? Cannot... That, plus I have 3 impending projects, all due next week. Warghh!!! Xpe, busy tu tandanya rezeki... $$$ hehe...

Eh, I thought this blog is about what I cook? Hehe... Sukati aku la, blog aku!

** Sha dear, I'll do the reward thingy later ek. Gomenne...

Sunday, August 10, 2008

Nest tag aku. Huhu


Bak kata Nest, dari biar blog jd tukun... Took a few pictures of last weeks dinner, but had to delete it due to... Xpe la, xyahla cerita. Hehe...

FIRST TIME NAIK KAPAL TERBANG...
Bila ntah, ikut mak n ayah bawak anak buah gi Penang. Masa tuh dah 2nd year ke 3rd. Xingat la.

FIRST TIME MELAHIRKAN ZURIAT
24.03.05. Nama budak tuh Syahmi Afham yang teramat manja mengalahkan adik dia. Hehe...

FIRST TIME GI OVERSEA
2003 kot, mak n ayah bawak gi umrah.

FIRST TIME DOK JAUH DARI FAMILY
1992, masuk asrama masa F1, tapi guess that can't really count coz the school is less than 20 minutes from home. Haha... Then masuk kolej kat Pandan Jaya in 1997. Then Kajang, Rawang... Paling jauh pergi ikut Incik Hubby 2 years kat Nihon/Japan. Tecapaila hajat nak dok jauh betul dari family. Haha...

FIRST TIME RASA DIRI GEMUK
Masa pregnant Syahmi. 27 kilos extra, ok! Syukurla I'm one of the lucky people to shrink to the original size after.

FIRST TIME WORKING
2003 kot, xingat. Keje macam org gila sampai kena marah ngan semua org :p

FIRST TIME BERCINTA
Form 4 kot. Walopun aku skolah sume pompuan, bejaya gak bekawan ngan org luar yg tak sejantina. Klasik tau, tulis surat, call public phone...

FIRST TIME MERASAKAN DIRI CANTIK
Bila Incik Hubby pandang xbekelip. Ecewahhh... Tapi itu masih selalu terjadi, walopun anak dah 2, so Alhamdulillah, thank you sayang, for still seeing me as I am...

FIRST TIME TENGOK WAYANG
Lepas SPM. Pegi ngan kawan-kawan.

FIRST TIME MASUK HOSPITAL
Masa kekecik, demam teruk sangat. Hasilnya, telinga ku blur sebelah. Hikhik... Then, kena ceasar time Syahmi, n then melayan sakit sebab Syafiyah xnak keluar. Huh, best sgt ka dok dlm perut? Org kata selalu baby slow nak keluar sbb ngantuk, ni keluar menjerit2 pepagi buta tuh, pastu tekebil-kebil. Newborns aren't supposed to open their eyes la sayang... Awak lak excited tgk sana sini. Hehe...

********************************************************************
NAMA-NAMA TIMANGAN OLEH ORANG YANG TERSAYANG
Kat rumah panggil Adik (youngest la, mmg kompem la nama tuh)
Cousins yg lg muda panggil Kak Lang or Kak Adik.
Neighbours pun sama (jiran adalah seperti family, mak kata)
Kawan2 skolah rendah panggil Annur.
Kawan2 skolah menengah ke atas panggil Sya.
Geng2 meredah hutan dan paya blakang umah panggil Iza.
Incik hubby panggil Sayang, Awak (ni dpn family, dia segan kot nak jenjiwang dpn org, haha)
Kawan2 cyber panggil Dekfa
Anak2 panggil Ibu, Syahmi dulu masa baru blajar cakap panggil Abu.

ANDA SEORANG YANG...
keras kepala - meh try hantuk, haaa, keras keras. Haha... Tapi sejak2 jadi wife and ibu nih, most of the time I'll try to avoid confrontations and malas nak menegakkan la kalau bnda2 remeh tuh. Unless if aku mmg menyampah, xsuka, xnak, n bila topik perbincangan merendah2 kan aku. Apa? Ingat I xkerja I xpandai ka?
garang - tanya la junior2 kat TKC, nak senang certa lagi tanya anak2 ku. Tapi Syahmi selalu kalau org tanya dia kata Ibu xgarang, kan Ami kan? Hehe...
lembut hati - cepat je nak kesian kat rang. Biar la org tuh dah kata macam2 pasal aku pun. Hmm...
penyedih - tapi dek keras sgt kepala tuh, xde nye la aku nak nangis depan org. Agak payahlaaa...
manja - I'm the youngest in the family and ayah give in to almost everything on me. Almost laaa...


INSAN TERISTIMEWA
Ayah, Mak, Along n familynya, Angah n familynya, And of course, the 3 Shahs (Shahrizan, Syahmi Afham, & little Syafiyah Athirah)

FAVERET FOOD?
Apa saja yang dimasak yang namanya goreng berlada. Kalo ikut selera aku je, gamaknya menyampahla hubby n anak2 tgk lauk belado tuh.
Pedas
Satay (penah lumba ngan Angah n Abg Long, settle I makan hampir ke mmg dah 20 cucuk. Lepas tuh ada 2 bulan gak xmo mkn satay dah. Hik)
Buah manggis, tembikai, pear.

FAVERET KALER?
Black, Blue, Purple (But I sure love to see the 3 Shahs in Red, sebab diorg sume cerah kot)

FAVERET SONG?
Entah, ikut mood.

SIKAP YANG BUAT ANDA STRESS
Bila org belagak cam pandai, cam bagus, pastu MCP (male chauvinistic PIG), pastu yg suka pndang rendah kat org, org yg ingat kita yg xkerja nih xde akal fikiran dok umah goyang kaki tgk dinding je.

3 MENDE YANG MESTI ADA DLM HANDBAG
Kunci semua rumah n kereta (macam banyak la sgt, haha.. Kunci rmh Seremban kena bawak, nanti lupa leceh), wallet, handphone

KALI TERAKHIR ANDA NANGIS BERIA-IA?
Exactly, xingatla. Yg surenya sebab terlalu penat tak habis2 buat macam2 tapi semua orang bahagia je tido.

SAPA AKU NAK TAG?
Sape suruh baca sampai habis? Haaaa, apalagik, sila la buat. Haha...

Tuesday, July 29, 2008

Friday, July 25, 2008

Chicken Salad

I don't know what to call this. Hubby said it looked n tasted much like chicken salad. Maybe it is. Hehe... Recipes later. Nak balik kampung, makan doyan. Yeehaa!! (Xsedar diri demam, tekak luka, lagi ada hati nak makan durian!)

Tuesday, July 22, 2008

Sayur

Most of my friends know that I don't eat veges that much. Takde pun tak jadi hal. Tapi sekarang dah ok sket la, tiap kali mkn akan ambik gakla sikit sayur, akan masak gak. Yela, kena consider tekak orang lain gak! Antara yang paling selalu dimasak, sebab ni sayur favorite (kangkung kena kurangkan sebab sejuk, ikut petua orang tua).


Sayur Campur @ Mixed Vege



Sawi + Cendawan + Egg Tofu Masak Sos Tiram

(Ni as usual la bagi nama sendiri, haha)

Asam Pedas Daging

Asam Pedas Daging and his sidekicks, Telur Dadar & Sayur Campur.
Asam Pedas Daging
1 kilo daging (direbus hingga empok)
20 biji cili kering kering
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit
1/2 inci lengkuas
2 batang serai
semua bahan di atas ini di tumbuk/blend hingga lumat
4 biji tomato
Daun Kesum
Sedikit rempah tumis(Cengkeh, Bunga Lawang, Kulit Kayu Manis & Buah Pelaga)
Garam & Gula secukup rasa
Cara;
1. Toskan daging yang telah direbus tadi. Kemudian hiriskan
2. Panaskan minyak dan tumiskan rempah bersama dengan bahan yang telah digiling tadi.
3. Apabila bahan yang ditumis tadi naik baunya, tuangkan baki air rebusan daging tadi ke dalam periuk.
4. Masukkan daging, buah tomato dan daun kesum.
5. Biar ia mendidih kemudian angkat.
6. Hidang bersama nasi putih.

Resepi tu sangat banyak actually, so I made it in half. Itu pun 2 kali makan. Kami makan tak banyak, langkah berjimat cermat, saranan kerajaan suruh ubah cara hidup... Yea right!

Monday, July 21, 2008

Gulai Ayam Kampung Dengan Nenas


Actually asalnya lauk nih ialah rendang, mak bawak masa datang haritu. Lepas tu tgk banyak lebih, n xde kuah untuk mkn mlm tuh, dengan pandainya saya telah menambah santan. Makanya jadikla dia gulai. Sayang weyy, omak masak tuh...

Friday, July 18, 2008

Ikan Goreng Berlada

Ikan Bawal Goreng Berlada

Wednesday, July 16, 2008

Daging Black Pepper


Resepi mencampak-campak. Hehe...


Daging Black Pepper
1/2 kg daging
1/2 inch halia
3 ulas bwg putih
1 bwg besar
serbuk black pepper (depends on nak pedas/panas mcm mana. In my case xleh over sgt nanti Syafi sakit perut coz dia nenen lagik)
Kicap manis, masin, segala maknenek kicap (somehow the mixture of all these will make it taste better, in the right combination of course!)
Lada hijau, utk hiasan.


Tumbuk bwg putih n halia, lumurkan pada daging yang telah dipotong nipis. Gaul sekali dengan garam n kunyit. (kunyit jgn banyak sangat nanti maung n kaler dia pelik sket). Perap utk at least 30min.
Panaskan minyak, masukkan daging n segala bahan perapan tadi. Balaik2 seketika, masukkan air sampai tenggelam.
Kacau sekali sekala, check dah empuk ke belum. Kalau dah kering, daging belum empuk, tambah air lagi.
Dah kering, slowkan api, masukkan bwg besar yg telah dimayang, kacau2 bai layu sikit.
Masukkan kicap n lada hitam. Kalau nak berkuah tambah air sikit.
Masukkan lada hijau, kacau. Siap!

Tuesday, July 15, 2008

Ikan Bawal Bakar


Saje nak cuba try test resepi Ikan Bakar Portugis nih. Kesimpulannya, krg kena ngan tekak ku ini. Huhu... Pesal ntah. Maybe kering sangat kot (ni salah sendiri la kan, hehe), or I'm too used to Mak's version of Ikan Bakar. Anyhow, the next time I'm making this, I'll make sure I have enough gravy. Maybe I should double up the kuah.
Ikan Bakar (taken from Hanieliza's Fotopages)
Bahan
1 ekor ikan bawal atau ikan merah [bersihkan dan kelar]
serai [ketuk]
5 helai daun limau purut
3 s/b jus asam jawa
daun pisang
aluminium foil
Bahan mesin/tumbuk
5 biji ciliapi
5 biji cili merah
5 biji cili kering
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 batang serai
garam
Cara.
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi dan naik minyak.
2. Rasakan masin dan masamnya dan kacau seh ingga naik minyak. Masukkan daun limau purut dan serai ketuk tadi.
3. Letakkan daun pisang diatas aluminium foil.
4. Letakkan separuh sambal yg telah dimasakkan diatas daun pisang.
5. Letakkan ikan diatas sambal tadi.
6. Ratakan sambal ikan diatas badan ikan dan tutupkan semula dengan daun pisang.
7. Bungkus ikan dengan aluminium foil dan bakarlah dengan api paling kecil [sehingga ikkan masak ]dalam 30 minit pada setiap belah/bahagian ikan.
8. Bila dah masak hidangkan dalam pinggan besar.
9. Boleh juga siapkan air asam sebagai mencicah ikan bakar ini.

Monday, July 14, 2008

Sometimes I'm just plain lazy...

Me and Jr had this for lunch. Tetiba rasa sangat malas n rasa nak mkn Maggi goreng. So... Satisfy tekak kita sesekali... Though I spent a few hours melayan denyutan kepala. Dah tau xleh makan yang gi makan beria tuh sape suruh? Hehe...

Maggi Goreng
Sebungkus Maggi (perisa ikut sukati but rasanya yg plg sedap kari la kot?)
Bawang Besar
Lada kering (Mine is already pureed so about 1/2 tbs should be okay)
Bawang Putih
Ayam/Udang/Daging (Optional)
2 tbs oil

1. Rebus mee maggi till tender (ikut sampul nya kata 2 minute, hehe)
2. Keep the bumbu for later use.
3. Panaskan minyak, then tumis bawang n bawang putih.
4. Bila wangi, tumiskan lada kering.
5. Masukkan ayam.udang/daging jika ada.
6. Kecilkan api, masukkan mee n bumbu tadi. Kacau.
7. Ready to serve.